Membangun Bersama Islam Ke Arah Negara Berkebajikan

PAS Kawasan Batu Mengorak Langkah Sebagai Kawasan Contoh Bandar
Dalam Merialisasikan Hasrat Negara Berkebajikan!
Insya-Allah Kami Menuju Ke Sana...

Sunday, August 5, 2007

PAS WILAYAH PERSEKUTUAN AKAN LETAK CALON DI 5 KERUSI PARLIMEN


Oleh TARMIZI MOHD JAM
Timbalan Pengarah Jabatan Pilihan Raya (JPN)
PAS Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur: Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan telah memutuskan untuk bertanding lima kawasan di Wilayah Persekutuan dalam pilihan raya umum ke 12 akan datang. Lima kawasan tersebut ialah Titiwangsa, Bandar Tun Razak, Lembah Pantai, Putrajaya dan Labuan.

Demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengarah Jabatan Pilihan Raya Negeri (JPN) PAS Wilayah Persekutuan, Haji Ishak Surin kepada semua media. Katanya, pengemuman lima kawasan untuk ditandingi itu telah diumumkan oleh beliau dalam ucapannya mewakili Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan pada Muktamar PAS Ke-52, di Kota Bharu, Kelantan.

Menurut kenyataan itu, seluruh jentera pilihan raya ke lima-lima kawasan telah diaktifkan dan JPN amat berpuashati dengan persiapan PAS Kawasan dan jentera pilihan rayanya disamping moral ahli-ahli yang begitu tinggi dan komited.

“Rombongan JPN telahpun melawatdan meninjau semua kawasan yang akan ditandingi itu bagi memastikan jentera pilihan raya dan moral ahli-ahli PAS di kawasan-kawasan tersebut sentiasa berada dalam keadaan siapsiaga,” tegas beliau.

Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan juga, kata kenyataan itu, telah menyerahkan senarai calon-calon yang bertaraf nasional kepada PAS Pusat untuk pertimbangan bagi mengisi ke lima-lima kawasan tersebut.

JPN telah turun padang dan melawat kawasan-kawasan berkenaan dan amat berpuashati dengan persiapan serta gerakerja pilihan raya yang cukup mantap ditampilkan kali ini oleh seluruh ahli.

“Kawasan yang tidak bertanding, telah bersepakat untuk membantu lima kawasan yang akan bertandingdalam pilihan raya umum kali ini. Ia merupakan komitmen mantap yang pernah ditunjukkan bagi merialisasikan hasrat PAS Wilayah untuk memenangi beberapa kerusi dalam pilihan kali ini,” tegas Haji Ishak dalam kenyataan itu.


EDITOR: Sesiapa sahaja boleh menghantar berita, rencana, cerpen dan puisi politik, program dan aktiviti, tip-tip pilihan, untuk siaran dan dikongsi bersama. Emelkan kepada editorxkutif@yahoo.com.my.


No comments: