Membangun Bersama Islam Ke Arah Negara Berkebajikan

PAS Kawasan Batu Mengorak Langkah Sebagai Kawasan Contoh Bandar
Dalam Merialisasikan Hasrat Negara Berkebajikan!
Insya-Allah Kami Menuju Ke Sana...

Sunday, August 12, 2007

Lebih 2,000 Terpegun Ceramah Mega PAS Batu Di Taman Dato' Senu, Sentul

Oleh MUHD FADHLOL HADI
Wartawan Blogpasbatu.Com


Taman Dato' Senu:
Lebih 2,000 penduduk parlimen Batu terpegun mendengar pendedahan dua pemimpin utama pembangkang, Haji Mohamad Sabu dan Ezam Mohd Noor pada Ceramah Mega, "Himpunan Ke Arah 100,000 Gegar SPR" dekat Tapak Pasar Malam, Taman Dato' Senu, Sentul.

Mereka mula memenuhi tapak pasar malam itu kira-kira jam 8.30 malam dan kebanyakkannya bukan dari penyokong PAS tetapi masyarakat awam sekitar parlimen itu berdasarkan pakaian mereka. Jumlah yang berkopiah puteh terlalu sedikit.

Menurut Ketua Penerangan PAS Batu yang juga Pengerusi Majlis pada malam itu, Tarmizi Mohd Jam, kehadiran mereka sangat mengejutkan dan itulah kali pertama dalam sejarah beliau mempengerusikan ceramah, program ceramah boleh dimulakan jam 8.00 malam berdasarkan kepada jumlah kehadiran mereka yang begitu memberangsangkan.

Ceramah pada malam itu dimulakan tepat jam 9.30 malam. Ia dimulakan oleh Yang Dipertua PAS Batu yang juga Pengarah Jabatan Pilihan Raya (JPN), Cikgu Ishak Surin dan diikuti oleh AJK PAS Pusat, Haji Anuar Tahir.

Ezam terus mendedahkan tembelang rasuah pemimpin Umno dan berjanji akan menyebut nama Menteri Kabinet yang tersebut dalam laporannya setebal 600 muka surat kepada PM baru-baru ini dalam satu majlis di Kepala Batas.

Sementara itu, Haji Mohamad Sabu yakin kaum Tianghua pada kali ini akan memberi undi kepada pembangkang berdasarkan kepada dua isu iaitu isu keselamatan mereka yang makin terancam dan keadaan bisnes mereka yang makin teruk di bawah pimpinan PM, Pak Lah.


Majlis pada malam itu disulam dengan tepukan hadirin dan laungan takbir, Allahuakbar. Penganjur, PAS Kawasan Batu cukup berpuashati dengan kerjasama semua pihak, pasukan polis, PAS Cawangan Taman Dato' Senu dan Persatuan Penjaja Tapak Pasar Malam Taman Dato' Senu, Sentul.

EDITOR: Sesiapa sahaja boleh menghantar berita, rencana, cerpen dan puisi politik, program dan aktiviti, tip-tip pilihan, untuk siaran dan dikongsi bersama. Emelkan kepada editorxkutif@yahoo.com.my.

No comments: