Membangun Bersama Islam Ke Arah Negara Berkebajikan

PAS Kawasan Batu Mengorak Langkah Sebagai Kawasan Contoh Bandar
Dalam Merialisasikan Hasrat Negara Berkebajikan!
Insya-Allah Kami Menuju Ke Sana...

Sunday, August 19, 2007

Hi-Tea Kuah Durian PAS Batu, 25 Ogos Bersama Ketua Pemuda & Ketua Muslimat Pusat



Oleh Ibrahim Awang
Pengarah Akademi Penerangan PAS Batu

Taman Melewar:
Orang-ramai dan para penyokong BA dijemput meraikan Program Hi-Tea Kuah Durian bersama Ketua Pemuda dan Ketua Muslimat PAS Pusat di PASTI Padang Balang, pada 25hb. Ogos 2007 jam 5.00 petang ini.

PAS Kawasan Batu amat berbesar hati atas kesediaan YB. Salahudin Ayub dan Ustazah Nuridah Mohd Salleh meluangkan masa ke program tersebut. Pesuruhjaya PAS Wilayah, Haji Mohd Noor Mohamad juga diundang bagi memeriahkan program tersebut. Demikian menurut Ketua Penerangan PAS Batu, Tarmizi Mohd Jam dalam satu kenyataan medianya, di sini.

Katanya, program ini bertujuan untuk merapatkan hubungan antara pimpinan PAS Kawasan dengan masyarakat setempat disamping mengeratkan lagi ikatan ukhwah serta memperkenalkan pimpinan PAS Pusat ke tengah-tengah padang pengundi dan lapang pilihan raya.

Semua ahli PAS termasuk pimpinan diperingkat kawasan, dewan-dewan dan cawangan diminta bekerja keras untuk mengerahkan maklumat ini dan menjemput seberapa ramai kelompok masyarakat untuk hadir ke program ini.

Menurut YDP PAS Batu, Cikgu Ishak Surin, program ini bukan setakat bersantai sahaja tetapi ia menyampaikan masej yang jelas kepada masyarakat bahawa PAS tidak pernah lupa kepada mereka dan nasib mereka terus diperjuangkan sebagai kaum mustad'afin di negara ini.

Katanya, dengan pelbagai cengkaman terhadap rakyat seperti kenaikan harga barangan, tol dan petrol, ketenteraman yang sudah tidak selamat dengan asakan jenayah rogol, rompak, ragut dan bunuh, serta barah gejala rasuah yang kian berleluasa di kalangan menteri hinggalah kepada agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.

No comments: