Membangun Bersama Islam Ke Arah Negara Berkebajikan

PAS Kawasan Batu Mengorak Langkah Sebagai Kawasan Contoh Bandar
Dalam Merialisasikan Hasrat Negara Berkebajikan!
Insya-Allah Kami Menuju Ke Sana...

Monday, August 13, 2007

Anda ada buku? Infaqkan kepada PAS Kawsaan Batu. Kami Buat Perpustakaan!


Oleh MOHAMAD NAWI
Exco Lajnah Penerangan PAS Kawasan Batu, KL

Taman Melewar: Lajnah Penerangan, Dakwah & ICT PAS Kawasan Batu sedang giat mengumpulkan buku-buku, majalah-majalah, keratan-keratan akhbar, kertas-kertas kerja juga akhbar-akhbar terpilih untuk dijilid dan disenaraikan sebagai bahan bacaan untuk masyarakat setempat disamping ia menjadi sumber rujukan sesiapa sahaja yang berminat.

Bahan-bahan bacaan yang dialu-alukan untuk dihantar kepada Markaz PAS Kawasan Batu termasuklah dari pelbagai bidang seperti politik, sosial, wanita, agama, pendidikan dan seumpamanya.

Menurut Pengarah Akademi Penerangan PAS Kawasan, Ibrahim Awang, Lajnah Penerangan akan menggiat dan melancarkan “Kempen Infaq SeBuku Sebulan (KISS)” kepada ahli-ahli yang akan didahului oleh AJK PAS Kawasan, AJK PAS Dewan Pemuda dan Muslimat, dan akhirnya diikuti oleh AJK PAS Cawangan-Cawangan. Ahli-ahli juga tidak dikecaulikan untuk berbuat demikian!

“Mereka hanya membeli sebuah buku tanpa mengira harganya dan kemudian menyumbangkan kepada Lajnah untuk dikumpul dan disenaraikan dalam perpustakaan yang bakal dibentuk. Oleh kerana jumlah buku masih kecil, penubuhan perpustakaan akan menyusul setelah segala bahan-bahan bacaan yang dimaksudkan terkumpul,” ujar beliau yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan.

Beliau amat berharap, semua pimpinan PAS Kawasan dan Dewan-Dewan peka dengan inspirasi ini. Mereka katanya, boleh membeli atau mendapatkan dari mana-mana sumber hanya sebuah buku dalam tempoh sebulan dan infaqkan kepada PAS Kawasan.

Ibrahim Awang juga berkata, Lajnah akan terus mengirim surat-surat permohonan derma apa jua buku yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat dari syarikat-syarikat penerbitan buku, majalah, akhbar dan pekedai-pekedai buku untuk tujuan ini.

Sekiranya, projek ini berjalan, beliau menganggarkan 100 buah buku sebulan dapat dikutip dari AJK PAS Kawasan, Dewan Pemuda dan Muslimat. Dalam tempoh lima bulan dari sekarang, jumlah buku sudah terkumpul sebanyak 500 buah buku atau lebih dari itu.

Sekiranya mempunyai buku untuk dinfaqkan sila hubungi Setiausaha Kawasan (013-3847899; Hj. Ismail Yahya) Ketua Penerangan (019-2051419; Tarmizi) Pengarah Akademi Penerangan (013-3635566; Ibrahim Awang) Setiausaha Penerangan (016-9037122; M. Sharbi Kamarulzaman) atau Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Markaz, Haji Abdul Rahim Dahalan (019-6817404).

EDITOR: Anda boleh menghantar berita, rencana dan nukilan kreatif seperti cerpen dan puisi politik atau tip-tip yang boleh dikongsikan kepada editor blog melalui email - editorxkutif@yahoo.com.my

No comments: