Membangun Bersama Islam Ke Arah Negara Berkebajikan

PAS Kawasan Batu Mengorak Langkah Sebagai Kawasan Contoh Bandar
Dalam Merialisasikan Hasrat Negara Berkebajikan!
Insya-Allah Kami Menuju Ke Sana...

Sunday, August 19, 2007

PAS BATU Redah KekWa, Serah Memorandum Kepada Datuk Sri Dr. Rais Yatim

Oleh IBRAHIM AWANG
Pengarah Akademi Penerangan PAS Batu

Kuala Lumpur: PAS Kawasan Batu terus mencipta keberanian apabila YDPnya, Cikgu Ishak Surin bersama beberapa AJK PAS Kawasan meredah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KekWa) menyerahkan Memorandum Membantah Kempen 50 Tahun Merdeka kepada Menterinya, Datuk Rais Yatim di pejabatnya.

Memorandum tersebut adalah untuk membantah "jenayah akademik" yang dilakukan oleh Kerajaan Malaysia yang menggiatkan Kempen 50 Tahun Merdeka dengan menggambarkan seolah-olah kemerdekaan yang dikecapi hari ini adalah hasil pengorbanan pimpinan Umno terdahulu.

Sekaligus, kempen ini menafikan pengorbanan pejuang-pejuang tulen kemerdekaan seperti Ibrahim Yaakob, Ahmad Boestamam, Dr. Burhanuddin Helmi dan ramai lagi yang memulakan api kemerdekaan dengan darah dan airmata, sejak 1938 lagi.

PAS Batu juga menuntut agar Kerajaan Malaysia memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas kebiadapan Kempen 50 Tahun Merdeka yang jelas cuba dieksploitasikan untuk mengisi kepentingan Umno menjelang pilihan raya umum ke 12 ini.

Memo itu juga menuntut agar satu penulisan sejarah kemerdekaan ditulis semula secara benar dan tepat, berpaksa di bumi nyata tanpa diresapi unsur-unsur palsu untuk menjaga kepentingan Umno semata-mata.

Memo yang sama juga akan dihantar kepada Menteri Penerangan Malaysia, Zainuddin Maidin, Naib Canselor Universiti Malaya dan UKM serta Persatuan Sejarah Malaysia.

Turut bersama Cikgu Ishak menghantar memorandum tersebut ialah Timbalan YDP, Haji Suhaimi Abdul Rahman, Naib YDP, Haji Jamhor Nawawi, Setiausaha, Hj. Ismail Yahya, Ketua Penerangan, Tarmizi Mohd Jam, beberapa AJK seperti Ahmad Hasyim, Ustaz Marzuki, Mohamad Nawi dan Ibrahim Awang.

No comments: