
Menurut sumber, mereka begitu teruja dengan penjelasan yang dikupas oleh Haji Mohd Sabu dalam ceramah pada 6hb. Ogos 2007 yang lalu berhubung nasib dan masa depan orang Melayu di negara ini.
Yang Dipertua dan Ketua Penerangan PAS Batu, Cikgu Ishak Surin dan Tarmizi Mohd Jam dalam satu pertemuan dengan Badan Penggerak Mobilisasi dan Demokrasi di Pejabat PAS Wilayah Persekutuan baru-baru ini telah disahkan hal tersebut oleh Haji Mohd Sabu sendiri dan beliau meminta agar PAS Batu menguruskan penganjuran ceremah tersebut.
Katanya, puak-puak Umno ini tidak berpuashati dengan kepimpinan Pak Lah sekarang yang lebih berlembut dengan "menjual" hak-hak Melayu satu persatu dengan cara yang halal mengikut undang-undang.
"Mereka akan bagi tapak pasar malam atau padang, kalau saya nak ceramah di Taman Dato Senu sekali lagi," ujar Haji Mohd Sabu.
Ini suatu perkembangan yang positif dari segi strategi pilihan raya apabila ceramah seumpama itu diadakan di luar kotak markaz sendiri. Impak beginilah yang digeruni oleh Umno dan kerana itu, ceramah di tempat awam diharamkan.
PAS Kawasan Batu sedang memantau fenomena ini dan jika bertepatan, program seumpama itu akan diadakan sama ada dalam bulan Ramadhan atau selepas Aidil Fitri kelak.
No comments:
Post a Comment