Membangun Bersama Islam Ke Arah Negara Berkebajikan

PAS Kawasan Batu Mengorak Langkah Sebagai Kawasan Contoh Bandar
Dalam Merialisasikan Hasrat Negara Berkebajikan!
Insya-Allah Kami Menuju Ke Sana...

Friday, August 31, 2007

Kempen 50 Tahun Merdeka Adalah Perang Saraf Taraf Dunia


Taman Melewar: Persoalan timbul apabila melihat perayaan raksaksa 50 tahun merdeka pada 31hb. Ogos 2007 lalu. Banyak duit rakyat dibakar dan dihanguskan oleh kerajaan atas nama 50 tahun merdeka.

Lebih teruk dari itu, seperti yang dipoerjuangkan oleh PAS Batu, kempen 50 tahun merdeka yang diganyang oleh kerajaan tidak lebih dari kempen ulang tahun Umno di negara ini. Sekaligus kempen itu juga menjadi titik tolak mengiyakan lima Presiden Umno yang kebetulan jadi PM Malaysia sebagai tokoh kemerdekaan atau orang yang memerdekakan tanahair kita yang tercinta ini.

Kempen itu juga sebenarnya usaha terancang Umno untuk menutup, menimbus dan membungkus nama-nama pejuang tulen kemerdekaan seperti Ibrahim Yaakob, Dr. Burhanudin Helmy, Ahmad Boeastamam, Pak Sako, Abu Bakar Baqir dan lain-lain dari disebut dan diingat oleh genarasi kini sebagai pencetus kemerdekaan.

Dulu, sebelum merdeka dan ketika KMM melaungkan jeritan merdeka, orang Umno yang jadi talibarut penjajah begitu takut menyebut kalimat "merdeka" kerana sesiapa yang mneyebut "merdeka" maka ia akan dicap sebagai komunis. Mereka akan diligan, ditangkap, dicemuh, dihina dan dibunuh.

Hari ini, orang Umno seperti sudah lupa daratan. Setelah merdeka, barulah berani memekik kalimat "merdeka" dan mereka sudah tidak takut lagi dicap sebagai komunis. Betuah punya anak.
Berhempas-pulaslah pejuang-pejuang tulen kemerdekaan membakar api penentangan penjajah, tiba-tiba Umno muncul dan mendabik dada kononnya merekalah yang telah berjuang tanpa menitikkan setitis darahpun untuk merdeka.

Apa yang jelas, berbillion duit rakyat digunakan untuk menampung kempen pilihan raya Umno Bn ini, atas nama 50 Tahun Merdeka. Yang pelik, ada juga orang ikut jejak program mengiyakan kempen 50 tahun ini bersungguh-sungguh! Semua orang terikut-ikut rentak yang dibawa oleh Umno ini.

Inilah perang saraf bertaraf dunia yang telah digunakan oleh BN untuk mengabui dan mengelirukan semua pihak, rakyat, parti pembangkang dan segala macam jenis orang lagi!


No comments: