Membangun Bersama Islam Ke Arah Negara Berkebajikan

PAS Kawasan Batu Mengorak Langkah Sebagai Kawasan Contoh Bandar
Dalam Merialisasikan Hasrat Negara Berkebajikan!
Insya-Allah Kami Menuju Ke Sana...

Wednesday, July 25, 2007

ISU: PAS Batu Bidas Turapan Jalan Tar Padang Balang!


Oleh Hj. ABDUL KADIR TAUHID
Exco Lajnah Penerangan PAS Kawasan Batu, KL

Taman Melewar: Jalan tar sudah ditabur di Kg. Padang Balang dan sekitarnya. Ini petanda pilihan raya sudah terlalu dekat. Jalan tar tidak salah dan tidak silap. Tetapi, pengagihan dan lokasi penurapannya agak memualkan jika dilihat dari sistem demokrasi dan keadilan sejagat.

Yang Dipertua PAS Batu, Cikgu Haji Ishak Surin mendedahkan bukan sahaja terdapat agihan kotor diskriminasi parti dengan menafikan sesetengah penduduk dari menikmati kemudahan itu tetapi kawasan turapan tar hingga ke halaman rumah dan ada hingga ke reban ayam juga cukup-cukup melampau dan menjijikkan.

Katanya, tidak salah kerajaan memberi kemudahan untuk rakyat tetapi lazimnya ia bersifat umum atau untuk kemudahan awam. Apa yang berlaku di Kg. Padang Balang, pengisian borang untuk mendapatkan turapan tar hanya menjadi topeng demokrasi tetapi hakikatnya para penyokong PAS dan pembangkang di sini dinafikan hak mereka untuk mendapatkannya.

Paling ketara, tapak Pasar Malam di Kg. Padang Balang, tidak jauh dari Masjid Saidina Ali tidak diberi turapan tar kerana kononnya kawasan itu milik penyokong pembangkang. Walhal, halaman rumah yang diberikan oleh tuannya untuk kemudahan peniaga berniaga di situ patut disokong oleh Umno tanpa mengira fahaman tetapi ini tidak berlaku.

Jika dilihat tapak itu, ia memang patut diturap kerana sentiasa berair dan becak. Jadi, apakah pertolongan DBKL dalam perkara ini? Apakah DBKL hanya mengikut telunjuk Umno semata-mata? Mengapa DBKL mengutip cukai pintu dan lain-lain hasil jika gagal bertindak adil untuk kepentingan rakyat?

Cikgu Ishak yang juga anak tempatan Kg. Bandar Dalam menyifatkan langkah DBKL yang menyerahkan bulat-bulat urusan agihan turapan itu kepada Umno sebagai tindakan tidak bijak kerana dengan sikap “pilih kasih” dan “pilih bulu” dalam mengagihkan projek kerajaan kepada rakyat oleh Umno itu, seolah-olah katanya, hanya orang Umno sahaja yang membayar cukai kepada kerajaan dan seolah-olah DBKL memberi lesen kepada Umno untuk menjalankan kerja-kerja DBKL.

Beliau berharap, beberapa cawangan PAS yang terlibat dalam kawasan turapan tar ini dapat mengumpul dan mengenalpasti mereka yang dinafikan haknya itu untuk dikutip tandatangan dan membuat bantahan terhadap Umno Bahagian dan menghantar memorandum kepada DBKL yang gagal bertindak adil mengikut lunas-lunas demokrasi.
EDITOR: Anda boleh menghantar berita, rencana dan nukilan kreatif seperti cerpen dan puisi politik atau tip-tip yang boleh dikongsikan kepada editor blog melalui email - editorxkutif@yahoo.com.my

No comments: