Membangun Bersama Islam Ke Arah Negara Berkebajikan

PAS Kawasan Batu Mengorak Langkah Sebagai Kawasan Contoh Bandar
Dalam Merialisasikan Hasrat Negara Berkebajikan!
Insya-Allah Kami Menuju Ke Sana...

Friday, August 31, 2007

Kempen 50 Tahun Merdeka Adalah Perang Saraf Taraf Dunia


Taman Melewar: Persoalan timbul apabila melihat perayaan raksaksa 50 tahun merdeka pada 31hb. Ogos 2007 lalu. Banyak duit rakyat dibakar dan dihanguskan oleh kerajaan atas nama 50 tahun merdeka.

Lebih teruk dari itu, seperti yang dipoerjuangkan oleh PAS Batu, kempen 50 tahun merdeka yang diganyang oleh kerajaan tidak lebih dari kempen ulang tahun Umno di negara ini. Sekaligus kempen itu juga menjadi titik tolak mengiyakan lima Presiden Umno yang kebetulan jadi PM Malaysia sebagai tokoh kemerdekaan atau orang yang memerdekakan tanahair kita yang tercinta ini.

Kempen itu juga sebenarnya usaha terancang Umno untuk menutup, menimbus dan membungkus nama-nama pejuang tulen kemerdekaan seperti Ibrahim Yaakob, Dr. Burhanudin Helmy, Ahmad Boeastamam, Pak Sako, Abu Bakar Baqir dan lain-lain dari disebut dan diingat oleh genarasi kini sebagai pencetus kemerdekaan.

Dulu, sebelum merdeka dan ketika KMM melaungkan jeritan merdeka, orang Umno yang jadi talibarut penjajah begitu takut menyebut kalimat "merdeka" kerana sesiapa yang mneyebut "merdeka" maka ia akan dicap sebagai komunis. Mereka akan diligan, ditangkap, dicemuh, dihina dan dibunuh.

Hari ini, orang Umno seperti sudah lupa daratan. Setelah merdeka, barulah berani memekik kalimat "merdeka" dan mereka sudah tidak takut lagi dicap sebagai komunis. Betuah punya anak.
Berhempas-pulaslah pejuang-pejuang tulen kemerdekaan membakar api penentangan penjajah, tiba-tiba Umno muncul dan mendabik dada kononnya merekalah yang telah berjuang tanpa menitikkan setitis darahpun untuk merdeka.

Apa yang jelas, berbillion duit rakyat digunakan untuk menampung kempen pilihan raya Umno Bn ini, atas nama 50 Tahun Merdeka. Yang pelik, ada juga orang ikut jejak program mengiyakan kempen 50 tahun ini bersungguh-sungguh! Semua orang terikut-ikut rentak yang dibawa oleh Umno ini.

Inilah perang saraf bertaraf dunia yang telah digunakan oleh BN untuk mengabui dan mengelirukan semua pihak, rakyat, parti pembangkang dan segala macam jenis orang lagi!


GEMPAR: MAT SABU AKAN TURUN LAGI KE TAMAN DATO SENU

Taman Dato' Senu: Beberapa orang aktivis Umno Cawangan Taman Dato' Senu telah bertemu dengan Haji Mohd Sabu meminta agar diadakan sekali lagi ceramah politik di kawasan itu dalam masa terdekat ini.
Menurut sumber, mereka begitu teruja dengan penjelasan yang dikupas oleh Haji Mohd Sabu dalam ceramah pada 6hb. Ogos 2007 yang lalu berhubung nasib dan masa depan orang Melayu di negara ini.

Yang Dipertua dan Ketua Penerangan PAS Batu, Cikgu Ishak Surin dan Tarmizi Mohd Jam dalam satu pertemuan dengan Badan Penggerak Mobilisasi dan Demokrasi di Pejabat PAS Wilayah Persekutuan baru-baru ini telah disahkan hal tersebut oleh Haji Mohd Sabu sendiri dan beliau meminta agar PAS Batu menguruskan penganjuran ceremah tersebut.

Katanya, puak-puak Umno ini tidak berpuashati dengan kepimpinan Pak Lah sekarang yang lebih berlembut dengan "menjual" hak-hak Melayu satu persatu dengan cara yang halal mengikut undang-undang.

"Mereka akan bagi tapak pasar malam atau padang, kalau saya nak ceramah di Taman Dato Senu sekali lagi," ujar Haji Mohd Sabu.

Ini suatu perkembangan yang positif dari segi strategi pilihan raya apabila ceramah seumpama itu diadakan di luar kotak markaz sendiri. Impak beginilah yang digeruni oleh Umno dan kerana itu, ceramah di tempat awam diharamkan.

PAS Kawasan Batu sedang memantau fenomena ini dan jika bertepatan, program seumpama itu akan diadakan sama ada dalam bulan Ramadhan atau selepas Aidil Fitri kelak.

Monday, August 27, 2007

KEMPEN 50 TAHUN MERDEKA: PENGKHIANAT, PEMBOHONG & PENUH RACUN!


Batu: PAS Kawasan Batu telah menghantar Memorandum Membantah Jenayah Akademik pemimpin Umno yang berselindung di sebalik nama Kerajaan Malaysia yang kini sibuk dan ghairah menonjolkan kononnya pemimpin Umnolah yang telah merintis dan menuntut kemerdekaan tanahair yang tercinta ini.

PAS Kawasan Batu menyifatkan Kempen 50 Tahun Merdeka sekarang tidak lebih dari kempen ulang tahun Umno. Malah lebih teruk ianya menjadi kempen untuk menafikan pejuang-pejuang tulen kemerdekaan yang telah dibunuh, disumbat dalam penjara dan diharamkan wadah perjuangan mereka dengan menonjokan Tunku, Tun Razak, Tun Hussein, Tun Mahadhir dan Pak Lah sebagai idola dan icon pejuang kemerdekaan.

Rakyat Malaysia cuba dikelirukan dengan menyembunyikan fakta sejarah berkenaan perjuangan kemerdekaan sebenar. Mereka cuba menutup pintu hati rakyat dari mendekati Ibrahim Yaakob, Ahmad Boestamam, Dr. Burhanuddin, Ishak Haji Muhamad, Ustaz Abu Baqir Bakar dan ramai lagi.

Kerajaan Malaysia patut memohon maaf atas keterlanjuran dan kebiadapannya mengusung Kempen 50 Tahun Merdeka yang penuh fitnah dan gembar-gembur politik. Kempen ini adalah perang saraf paling berkesan pada abad ini hingga banyak pihak terikut-ikut rentak mereka dalam mneyambut perayaan 50 tahun merdeka.

Namun, tiada siapa yang memberi alternatif kepada sambutan 50 tahun merdeka. Tiada inisiatif mana-mana pihak yang menonjolkan gambar-gambar pejuang kemerdekaan tulen pada banner dan badrop program sambutan 50 tahun merdeka anjuran mereka.
Turut menemani Yang Dipertua PAS Kawasan Batu, Cikgu Ishak Surin menyerahkan memorandum tersebut ialah Timbalan YDP, Haji Suhaimi Abdul Rahman, Naib YDP, Haji Jamhor Nawawi, Setiausaha, Haji Ismail Yahya, Ketua Penerangan, Tarmizi Mohd Jam, Ahli-ahli Jawatankuasa PAS Kawasan, Ibrahim Awang, Ahmad Hasyim, Ustaz Marzuki dan Exco Lajnah Penerangan PAS Batu, Mohamad Nawi.
Mereka turut diiringi oleh wartawan Harakah, Saidah Hairan dan Nyza Ayob. Setelah diberitahu Menterinya, Rais Yatim ada di Melaka, kami menunggu lebih kurang 15 minit untuk menyerahkan memorandum itu hinggalah Setiausaha Akhbar Menteri, Jamudin Idris menemui kami. Dalam pertemuan singkat itu, Cikgu Ishak dan Tarmizi Mohd Jam sempat membicarakan sedikit isi kandungan memorandum tersebut.
Jamuddin berjanji akan memanjangkan memorandum itu ke pengetahuan Datuk Rais Yatim sekembalinya dari Melaka kelak.

Berikut, kami siarkan memorandum penuh PAS Kawasan Batu terhadap Kerajaan Malaysia yang KekWa mnejadi hos utama kepada perayaan 50 Tahun Merdeka ini. Selamat menelaah kandungannya. - Editor



















YB Datuk Seri,

MEMORANDUM MEMBANTAH PEMALSUAN SEJARAH DALAM SAMBUTAN 50 TAHUN KEMERDEKAAN NEGARA

PERKARA di atas adalah dirujuk. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Kawasan Parlimen Batu (PAS Kawasan Batu) memandang serius propaganda dan kegiatan ‘jenayah akademik’ yang dilakukan oleh pihak kerajaan dan mengadakan Sambutan 50 Tahun Kemerdekaan Negara pada tahun ini. Yang lebih jelas, propaganda-propaganda ini lebih bersifat untuk mengelirukan rakyat menjelang Pilihanraya Umum Ke-12 yang dijangka berlangsung pada tahun ini.

PAS Kawasan Batu amat kesal kerana Kementerian Kebudayaan, Keseniaan dan Warisan (KeKKWa) sebagai hos sambutan telah menafikan fakta-fakta sejarah tentang kemerdekaan, sebaliknya cuba mengangkat Umno sebagai pejuang kemerdekaan yang sebenar.

Sama ada kita sedar atau tidak, hakikat sebenar siapa pengasas kemerdekaan ini tidak boleh dinafikan dipelopori oleh para ulamak. Memang benar istilah “merdeka” tidak dibangkitkan pada peringkat awal, khususnya semenjak 1511, tetapi para ulamak membangkitkan soal jihad mempertahankan ketuanan bangsa Melayu Islam daripada penjajah Barat.

Jika kita meneliti “Silalatus Salatin” atau “Sejarah Melayu” tulisan Tun Seri Lanang yang diangkat oleh KeKKWa sebagai warisan negara itu, jelas tercatat bagaimana peranan ulamak dalam mempertahankan kemerdekaan negara. Soal berjaya atau tidak kemerdekaan itu dipertahankan ialah perkara kedua, isu utamanya mereka berusaha mempertahankan kemerdekaan.

Tulisan-tulisan para “sarjana di luar istana” yang cuba menungkap sumbangan sumbangan ulamak terhadap kemerdekaan amat jelas menunjukkan bahawa perjuangan kemerdekaan terasas beratus-ratus tahun sebelum lahirnya Umno. Bahkan, apabila kita mendapati tokoh-tokoh ulamak besar seperti Sheikh Daud al-Fathani, Sheikh Abdul Samad Falembani dan Sheikh Mas’ud al-Banjari yang berjihad sehingga dua daripada mereka syahid dalam mempertahankan Tanah Melayu daripada penjajahan Siam pada 1830-an, maka sedarlah kita bahawa para ulamak telah berkorban untuk kemerdekaan negara.

Bagi orang-orang Minang seperti YB Datuk Seri, nama-nama besar seperti Haji Miskin, Tuanku Imam Bonjol dan Tuanku Tambusai (kuburnya di Negeri Sembilan) bersama ulamak-ulamak ‘harimau nan delapan’ telah berjihad menentang Belanda dalam Perang Paderi (1816-1833).

Kemudian daripada mereka lahirnya generasi ulamak perjuang seperti Haji Abdul Karim Amrullah (HAKA), Haji Abdul Malik Karim Amrullah (HAMKA), Haji Jamil Jambek dan lain-lain yang berada di barisan depan perjuangan menentang Belanda.

Hakikat serupa juga berlaku di Tanah Melayu apabila para ulamak daripada Kelantan, Kedah, Terengganu dan Pattani khususnya berusaha keras untuk mempertahankan kemerdekaan tanah air. Terengganu, sebagai negeri terakhir menerima pengaruh British pada 1919 disebabkan oleh peranan ulamak seperti Tokku Paloh (m. 1917) dan Sultan Zainal Abidin III (m. 1918) iaitu seorang sultan yang alim. Kematian dua tokoh ulamak ini telah menyebabkan Terengganu dikuasai British.

Kebangkitan Tok Janggut di Kelantan pada 1915 dan Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu pada 1922-1928 bukanlah kerana isu cukai tanah semata-mata, tetapi mereka adalah ulamak yang membakar semangat jihad ke atas penjajah yang telah dibuktikan oleh kajian-kajian yang berautoriti.

Bahkan, seperti yang dipersetujui oleh semua sarjana bahawa tahun 1906 sebagai bermulanya nasionalisme orang Melayu adalah diasaskan kepada terbitnya majalah “Al-Imam” yang diusahakan tokoh-tokoh ulamak seperti Sheikh Tahir Jalaluddin, Sheikh Abbas Taha dan Syed Sheikh al-Hadi.

Selain usaha kerana para ulamak mempertahankan kemerdekaan negara semenjak 1511 iaitu 435 tahun sebelum kelahiran Umno, satu hakikat yang tidak boleh dinafikan juga ialah kemunculan golongan cerdik pandai berpendidikan Melayu, khususnya lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC).

Kemunculan tokoh-tokoh nasionalis seperti Ibrahim Haji Yaakub, Mustafa Hussein, Ishak Haji Mohamed, Ahmad Boestamam dan lain-lain di bawah Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada 1937 telah membangkitkan soal kemerdekaan negara. Mereka berjuang untuk kemerdekaan penuh tanpa berkerjasama dengan penjajah sehingga dicap sebagai “golongan kiri” dan dituduh komunis oleh British.

Jika laungan “merdeka” diambil kira sebagai asas perjuangan, maka golongan kiri ini 15 tahun lebih awal daripada Umno bercakap dan berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan. Kemunculan parti Islam, Hizbul Muslimin pada 1948 dengan tujuan “Islam semata-mata bagi mencapai kemerdekaan” jelas menunjukkan pemikiran ulamak ketika itu yang mahukan kemerdekaan penuh daripada penjajah sehingga Islam boleh ditegakkan.
Hujah-hujah ‘palsu’ yang dibuat oleh kerajaan dalam propaganda mereka bagi menyatakan Umno sebagai pejuang sebenar kemerdekaan negara tidak boleh dipertahankan oleh KeKKWa sendiri.

Ketika KeKKWa menganjurkan Seminar Memperingati 100 Tahun Kelahiran Tunku Abdul Rahman Putra: Bapa Kemerdekaan dan Pengasas Perpaduan Kaum pada 14 Februari 2003, tokoh-tokoh sejarah seperti Prof Dr Abdullah Zakaria Ghazali, Prof Dr Nik Anuar Mahmud dan Prof Datuk Dr Ramlah Adam gagal membuktikan bahawa Tunku Abdul Rahman dan Umno adalah pejuang kemerdekaan tulen, walaupun kertas-kertas kerja mereka berkisar tentang Tunku Abdul Rahman dan perjuang kemerdekaan.

Bahkan Tunku sendiri diakui oleh Ramlah Adam sebagai “pemimpin yang sesuai” yang diperhatikan oleh British untuk menggantikan Dato’ Onn Jaafar. Kerana itu, selepas Tunku menjadi Yang Dipertua Agung Umno, British segera menawarkan jawatan sebagai Ahli Majlis Perundangan Persekutuan kepada beliau untuk membolehkan beliau bergerak mengikut kehendak British.

Sejarah telah membuktikan bahawa Umno bukanlah sebuah parti yang ditubuhkan untuk memperjuangkan kemerdekaan, tetapi sebagai parti reaktif terhadap Malayan Union kerana mempertahankan kedaulatan Raja-raja Melayu. Sebagai parti konservatif feudal, Umno berslogankan “Hidup Melayu” ketika parti-parti Melayu yang bercakap soal merdeka.

Dan hal ini diakui oleh Tan Sri Abdul Samad Idris, bahawa Pemuda Umno Kuala Pilah yang dipengaruhi oleh PKMM telah membawa usul supaya Pemuda Umno Malaya menukarkan “Hidup Melayu” kepada “Merdeka” pada 1951. Pendirian Pemuda Umno ditolak oleh Dato’ Onn kerana menjaga hubungan dengan British.

Secara konkritnya, Umno hanya mula berjuang untuk kemerdekaan pada 1954 iaitu setelah mendapat ‘lampu hijau’ daripada British. Umno yang bersedia berunding dengan British dan sanggup melepaskan pelbagai kepentingan orang Melayu termasuk kedudukan agama Islam telah diterima oleh British sebagai wakil orang Melayu untuk diserahkan kemerdekaan.

“Kekosongan” perjuangan kemerdekaan Umno sebelum 1954 jelas terbukti bukan sahaja oleh tiga kertas kerja sempena memperingati Tunku Abdul Rahman, tetapi juga oleh sebuah lagi buku terbitan Jabatan Muzium dan Antikuiti, KeKKWa, “Di Atas Runtuhan Kota Melaka, Kita Dirikan Negara Baru” iaitu sebuah buku sejarah bergambar, terbitan Jabatan Muzium dan Antikuiti pada 2003.

Buku ini hanya menunjukkan bahawa Umno mula bergerak untuk kemerdekaan bermula 7 Julai 1954 iaitu dalam usaha menuntut pilihanraya segera. Akhbar New Straits Times (NST), 31 Ogos 2005 dalam sisipan bertajuk “Road To Nationhood: The Formative Years – History As It Was Told”, hanya menunjukkan berdasarkan laporan akhbar tersebut bahawa penglibatan Umno bermula dengan tuntutan tarikh kemerdekaan yang diisytiharkan pada 20 Februari 1956.

Berita Harian pula, dalam sisipannya pada 31 Ogos 2005 bertajuk “Kelahiran Sebuah Negara Merdeka”, tidak dapat membuktikan kegiatan Umno untuk merdeka bermula daripada berundurnya Dato’ Onn pada 27 Ogos 1951 hingga Tunku mengetuai Rombongan Kemerdekaan pada 1 Januari 1956.

Persoalannya, mengapa sumber-sumber yang berautoriti seperti Jabatan Muzium, Jabatan Arkib, NST dan Berita Harian tidak dapat menunjukkan dengan jelas peranan Umno dalam perjuangan kemerdekaan antara 1945 hingga 1954?

Satu sahaja jawapannya, kerana Umno tidak terlibat dalam perjuangan kemerdekaan! Tetapi Umno bernasib baik kerana sikap pro British mereka, dan kesediaan Umno untuk menyerahkan hak-hak orang Melayu dan Islam kepada orang asing, maka British memilih Umno yang tidak berjuang untuk menerima kemerdekaan. Tokoh-tokoh ulamak dan pemimpin kiri yang berjuang semenjak sekian lama dibunuh, ditangkap, dipenjara dan tidak diberikan hak kemerdekaan ini.

Tunku Abdul Rahman diterima oleh British untuk merundingkan tarikh pilihanraya pada 1954, kemudian sebagai Ketua Menteri diterima pula untuk berunding bagi tarikh kemerdekaan. Dalam proses ini, Umno dan MCA telah mengemukakan cadangan-cadangan perlembagaan yang merugikan ketuanan Melayu kepada Suruhanjaya Reid.

Kita patut mengenang semula bagaimana Dr Burhanuddin al-Helmy merangka “Piagam Taiping” pada 1945 sebagai Draf Perlembagaan Malaya Merdeka untuk dipertimbangkan oleh Jepun, kemudian PUTERA-AMCJA mengemukakan “Perlembagaan Rakyat” pada 1947 yang menggariskan tentang kedaulatan Melayu dan hak-hak bangsa asing dalam negara merdeka dan menggantikan Malayan Union.

Peristiwa National Conference dan National Convention pada 1953 dan 1954 memperlihatkan bagaimana seriusnya parti-parti Melayu termasuk PAS, IMP, PMS dan lain-lain mempertahankan hak orang Melayu dan Islam dalam menuju kemerdekaan. Orang-orang Melayu telah membantah sikap Umno yang terlalu berlembut dengan orang asing dalam memorandum kepada Reid. Pada 4-7 Mei 1957, Kongres Kebangsaan Melayu II diadakan untuk membantah Laporan Reid, tetapi semua pandangan pejuang kemerdekaan ditolak mentah-mentah oleh British. Sebaliknya British menerima cara Umno serasi dengan kehendak penjajah itu.

YB Datuk Seri,

Daripada latar belakang gerakan kemerdekaan ini, jelas menunjukkan bahawa apa yang ditonjolkan oleh kerajaan selama ini adalah ‘penyembunyian fakta’, ‘pembohongan sejarah’ dan ‘jenayah akademik’ yang mesti diperbetulkan. KeKKWa sebagai sebuah kementerian yang bertangggungjawab terhadap perpustakaan, arkib dan muzium di negara ini sepatutnya berusaha untuk membongkarkan kisah sebenar perjuangan kemerdekaan negara.

Amat tidak adil apabila tokoh-tokoh yang lebih dahulu berjuang dan sememangnya merekalah yang berjuang untuk merdeka diabaikan oleh sejarah, sebaliknya mengangkat Umno yang bercakap soal merdeka mengikut telunjuk penjajah hanya bermula pada 1954 sebagai pejuang. PAS Kawasan Batu boleh menolak sepenuhnya penglibat Umno dalam kemerdekaan, tetapi tidak dapat menerima jika Umno sahaja dikatakan pejuang.

Maklumat-maklumat sejarah negara yang disimpan oleh KeKKWa sepatutnya didedahkan kepada rakyat dalam versi yang sebenar supaya rakyat bukan sahaja tahu, tetapi menghargai kemerdekaan ini.

Kita telah melihat bagaimana rakyat tidak begitu ghairah untuk menyambut kemerdekaan ini termasuk tidak mahu mengibarkan Jalur Gemilang, kerana rakyat sedar ia adalah propaganda politik Umno; kedua rakyat sendiri tidak nampak apa istimewanya kemerdekaan yang diperolehi di meja rundingan, mengikut telunjuk British dan tanpa perjuangan.

Kemerdekaan yang diperoleh secara murah dan mudah tidak mempunyai harga dan nilai di hati rakyat, lebih-lebih lagi bila dipropagandakan seolah usaha kemerdekaan dilalui tanpa perjuangan. Jika kerajaan bersikap terbuka dengan mengangkat tokoh-tokoh kemerdekaan negara yang sebenar dan memperlihatkan perjuangan dan pengorbanan mereka, sudah tentu ia lebih dihargai oleh rakyat dan amat dirasai nilai perjuangan tersebut. Maka berbaloilah mereka mengibarkan Jalur Gemilang itu.

PAS Kawasan Batu berharap supaya perjuangan kemerdekaan ini ditulis semula mengikut versi yang benar lagi adil. Para sarjana sepatutnya diberikan kebebasan untuk mendedahkan hakikat yang sebenar, dan sistem pendidikan sejarah di sekolah yang hanya menerima Umno sebagai pejuang kemerdekaan patut dirombak semula.

Memang ia satu propaganda, tetapi janganlah sampai menghilangkan jati diri rakyat. Kita sangat sedar bahawa tindakan “sarjana dalam istana” yang menulis beberapa baris sahaja daripada buku teks sekolah tentang perjuangan kumpulan bukan Umno terhadap kemerdekaan telah menyebabkan rakyat buta sejarah.

Masalah ‘hidden history’ atau pemalsuan fakta mesti dirungkaikan. KeKKWa boleh membentuk satu Jawatankuasa Pengkaji Sejarah di kalangan ilmuan dan pensyarah untuk mengenegahkan sejarah kemerdekaan negara secara tepat dan tidak berbau politik.

PAS Kawasan Batu juga mencadangkan supaya KeKKWa boleh menganugerahkan kepada pejuang-pejuang kemerdekaan satu gelaran kehormat yang membolehkan keluarga terdekat pejuang ini menikmati beberapa imbuhan. Setidak-tidaknya diletakkan setaraf dengan gelaran “Sasterawan Negara” atau “Seniman Negara” kerana sumbangan mereka lebih besar daripada itu.

Satu contoh yang baik ialah tindakan kerajaan Indonesia yang menganugerahkan gelaran “Pahlawan Nasional Indonesia” kepada tokoh-tokoh kemerdekaan semenjak zaman Raja Haji Marhum Teluk Ketapang tanpa mengira parti politik dan fahaman mereka, semata-mata untuk mengenang jasa mereka terhadap negara. KeKKWa amat wajar berada di hadapan dalam soal ini kerana ia adalah warisan negara yang tidak dapat dicari ganti dan sangat bermakna.

Akhir sekali, PAS Kawasan Batu berharap supaya kerajaan bersikap lebih objektif dalam menyambut kemerdekaan pada tahun ini dan pada masa hadapan. Sikap yang terlalu berpolitik dengan propaganda palsu telah menyebabkan rakyat tidak lagi menghargai nilai sebuah kemerdekaan.

Mudah-mudahan perhatian pihak KeKKWa terhadap pandangan kami akan membentuk landskap baru sejarah politik negara.

Sekian, terima kasih.



Yang menjalankan amanah,

tt

HAJI ISHAK BIN SURIN
Yang Dipertua PAS Kawasan Batu
Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS
Wilayah Persekutuan

Monday, August 20, 2007

AL-FATIHAH: Isteri Pak Kadir Meninggal Dunia

Bandar Baru Sentul: Saff kepimpinan PAS Kawasan Batu mengucakan takziah kepada AJK PAS Kawasan yang juga Exco Lajnah Penerangan, Dakwah dan ICT PAS Batu, Haji Abdul Kadir Tauhid atas pemergian isteri tercinta yang kembali kerahmatullah petang semalam (20.8.2007) di kediamannya di Flat Sri Perak, Bandar Baru Sentul Kuala Lumpur.

Jenazah allahyarham dikebumikan di kampung halamannya di Bagan Datoh, Perak. Sebelum itu, muslimat PAS Batu telah menziarahi jenazah allahyarhamah di rumahnya. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di dalam salah satu taman-taman di surga. AL-FATIHAH!

SANTAI PETANG & HI-TEA KUAH DURIAN
BERSAMA
KETUA PEMUDA PAS PUSAT & KETUA MUSLIMAT PAS PUSAT
YB. SALAHUDDIN AYUB & USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH

25 OGOS 2007 / JAM 5.OO PETANG
DATARAN PASTI KG. PADANG BALANG, SENTUL
Turut Hadir:
Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan
Haji Mohamad Mohd Noor

Orang-Ramai, Penyokong dan
Ahli PAS, PKR, DAP Dipelawa Hadir Beramai-Ramai!

Sunday, August 19, 2007

PAS BATU Redah KekWa, Serah Memorandum Kepada Datuk Sri Dr. Rais Yatim

Oleh IBRAHIM AWANG
Pengarah Akademi Penerangan PAS Batu

Kuala Lumpur: PAS Kawasan Batu terus mencipta keberanian apabila YDPnya, Cikgu Ishak Surin bersama beberapa AJK PAS Kawasan meredah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KekWa) menyerahkan Memorandum Membantah Kempen 50 Tahun Merdeka kepada Menterinya, Datuk Rais Yatim di pejabatnya.

Memorandum tersebut adalah untuk membantah "jenayah akademik" yang dilakukan oleh Kerajaan Malaysia yang menggiatkan Kempen 50 Tahun Merdeka dengan menggambarkan seolah-olah kemerdekaan yang dikecapi hari ini adalah hasil pengorbanan pimpinan Umno terdahulu.

Sekaligus, kempen ini menafikan pengorbanan pejuang-pejuang tulen kemerdekaan seperti Ibrahim Yaakob, Ahmad Boestamam, Dr. Burhanuddin Helmi dan ramai lagi yang memulakan api kemerdekaan dengan darah dan airmata, sejak 1938 lagi.

PAS Batu juga menuntut agar Kerajaan Malaysia memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas kebiadapan Kempen 50 Tahun Merdeka yang jelas cuba dieksploitasikan untuk mengisi kepentingan Umno menjelang pilihan raya umum ke 12 ini.

Memo itu juga menuntut agar satu penulisan sejarah kemerdekaan ditulis semula secara benar dan tepat, berpaksa di bumi nyata tanpa diresapi unsur-unsur palsu untuk menjaga kepentingan Umno semata-mata.

Memo yang sama juga akan dihantar kepada Menteri Penerangan Malaysia, Zainuddin Maidin, Naib Canselor Universiti Malaya dan UKM serta Persatuan Sejarah Malaysia.

Turut bersama Cikgu Ishak menghantar memorandum tersebut ialah Timbalan YDP, Haji Suhaimi Abdul Rahman, Naib YDP, Haji Jamhor Nawawi, Setiausaha, Hj. Ismail Yahya, Ketua Penerangan, Tarmizi Mohd Jam, beberapa AJK seperti Ahmad Hasyim, Ustaz Marzuki, Mohamad Nawi dan Ibrahim Awang.

Hi-Tea Kuah Durian PAS Batu, 25 Ogos Bersama Ketua Pemuda & Ketua Muslimat Pusat



Oleh Ibrahim Awang
Pengarah Akademi Penerangan PAS Batu

Taman Melewar:
Orang-ramai dan para penyokong BA dijemput meraikan Program Hi-Tea Kuah Durian bersama Ketua Pemuda dan Ketua Muslimat PAS Pusat di PASTI Padang Balang, pada 25hb. Ogos 2007 jam 5.00 petang ini.

PAS Kawasan Batu amat berbesar hati atas kesediaan YB. Salahudin Ayub dan Ustazah Nuridah Mohd Salleh meluangkan masa ke program tersebut. Pesuruhjaya PAS Wilayah, Haji Mohd Noor Mohamad juga diundang bagi memeriahkan program tersebut. Demikian menurut Ketua Penerangan PAS Batu, Tarmizi Mohd Jam dalam satu kenyataan medianya, di sini.

Katanya, program ini bertujuan untuk merapatkan hubungan antara pimpinan PAS Kawasan dengan masyarakat setempat disamping mengeratkan lagi ikatan ukhwah serta memperkenalkan pimpinan PAS Pusat ke tengah-tengah padang pengundi dan lapang pilihan raya.

Semua ahli PAS termasuk pimpinan diperingkat kawasan, dewan-dewan dan cawangan diminta bekerja keras untuk mengerahkan maklumat ini dan menjemput seberapa ramai kelompok masyarakat untuk hadir ke program ini.

Menurut YDP PAS Batu, Cikgu Ishak Surin, program ini bukan setakat bersantai sahaja tetapi ia menyampaikan masej yang jelas kepada masyarakat bahawa PAS tidak pernah lupa kepada mereka dan nasib mereka terus diperjuangkan sebagai kaum mustad'afin di negara ini.

Katanya, dengan pelbagai cengkaman terhadap rakyat seperti kenaikan harga barangan, tol dan petrol, ketenteraman yang sudah tidak selamat dengan asakan jenayah rogol, rompak, ragut dan bunuh, serta barah gejala rasuah yang kian berleluasa di kalangan menteri hinggalah kepada agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.

Monday, August 13, 2007

Anda ada buku? Infaqkan kepada PAS Kawsaan Batu. Kami Buat Perpustakaan!


Oleh MOHAMAD NAWI
Exco Lajnah Penerangan PAS Kawasan Batu, KL

Taman Melewar: Lajnah Penerangan, Dakwah & ICT PAS Kawasan Batu sedang giat mengumpulkan buku-buku, majalah-majalah, keratan-keratan akhbar, kertas-kertas kerja juga akhbar-akhbar terpilih untuk dijilid dan disenaraikan sebagai bahan bacaan untuk masyarakat setempat disamping ia menjadi sumber rujukan sesiapa sahaja yang berminat.

Bahan-bahan bacaan yang dialu-alukan untuk dihantar kepada Markaz PAS Kawasan Batu termasuklah dari pelbagai bidang seperti politik, sosial, wanita, agama, pendidikan dan seumpamanya.

Menurut Pengarah Akademi Penerangan PAS Kawasan, Ibrahim Awang, Lajnah Penerangan akan menggiat dan melancarkan “Kempen Infaq SeBuku Sebulan (KISS)” kepada ahli-ahli yang akan didahului oleh AJK PAS Kawasan, AJK PAS Dewan Pemuda dan Muslimat, dan akhirnya diikuti oleh AJK PAS Cawangan-Cawangan. Ahli-ahli juga tidak dikecaulikan untuk berbuat demikian!

“Mereka hanya membeli sebuah buku tanpa mengira harganya dan kemudian menyumbangkan kepada Lajnah untuk dikumpul dan disenaraikan dalam perpustakaan yang bakal dibentuk. Oleh kerana jumlah buku masih kecil, penubuhan perpustakaan akan menyusul setelah segala bahan-bahan bacaan yang dimaksudkan terkumpul,” ujar beliau yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan.

Beliau amat berharap, semua pimpinan PAS Kawasan dan Dewan-Dewan peka dengan inspirasi ini. Mereka katanya, boleh membeli atau mendapatkan dari mana-mana sumber hanya sebuah buku dalam tempoh sebulan dan infaqkan kepada PAS Kawasan.

Ibrahim Awang juga berkata, Lajnah akan terus mengirim surat-surat permohonan derma apa jua buku yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat dari syarikat-syarikat penerbitan buku, majalah, akhbar dan pekedai-pekedai buku untuk tujuan ini.

Sekiranya, projek ini berjalan, beliau menganggarkan 100 buah buku sebulan dapat dikutip dari AJK PAS Kawasan, Dewan Pemuda dan Muslimat. Dalam tempoh lima bulan dari sekarang, jumlah buku sudah terkumpul sebanyak 500 buah buku atau lebih dari itu.

Sekiranya mempunyai buku untuk dinfaqkan sila hubungi Setiausaha Kawasan (013-3847899; Hj. Ismail Yahya) Ketua Penerangan (019-2051419; Tarmizi) Pengarah Akademi Penerangan (013-3635566; Ibrahim Awang) Setiausaha Penerangan (016-9037122; M. Sharbi Kamarulzaman) atau Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Markaz, Haji Abdul Rahim Dahalan (019-6817404).

EDITOR: Anda boleh menghantar berita, rencana dan nukilan kreatif seperti cerpen dan puisi politik atau tip-tip yang boleh dikongsikan kepada editor blog melalui email - editorxkutif@yahoo.com.my

Sunday, August 12, 2007


DIBATAL! DIBATAL! DIBATAL!
CERAMAH PENUTUP
GERAK-GEMPUR ISRAK MIKRAJ PARLIMEN BATU

Bersama
USTAZ MOHD NAZRI CHIK
Exco Dewan Pemuda PAS Pusat

Di Markaz PAS Kawasan Batu, Taman Melewar

22 OGOS 2007 / 9.30 MALAM

Muslimin dan Muslimat Dijemput Hadir Beramai-Ramai

Sebarkan iklan ini kepada rakan dan taulan!

CERAMAH ISRAK MIKRAJ:
POTENSI CINA ISLAM DI MALAYSIA

Penceramah
SDRA. USTAZ ANN WAN SENG
(Pen. Setiausaha Agung PERKIM Kebangsaan)

Di Surau Al-Islah, Bandar Baru Sentul
(Bersebelahan Arpatment Menara Orkid)
Pada 14hb. Ogos 2007 (Rabu)
Selepas Solat Maghrib

Muslimin dan Muslimat Dijemput Hadir Beramai-Ramai
Sebarkan Iklan Ini Kepada Rakan & Taulan

Lebih 2,000 Terpegun Ceramah Mega PAS Batu Di Taman Dato' Senu, Sentul

Oleh MUHD FADHLOL HADI
Wartawan Blogpasbatu.Com


Taman Dato' Senu:
Lebih 2,000 penduduk parlimen Batu terpegun mendengar pendedahan dua pemimpin utama pembangkang, Haji Mohamad Sabu dan Ezam Mohd Noor pada Ceramah Mega, "Himpunan Ke Arah 100,000 Gegar SPR" dekat Tapak Pasar Malam, Taman Dato' Senu, Sentul.

Mereka mula memenuhi tapak pasar malam itu kira-kira jam 8.30 malam dan kebanyakkannya bukan dari penyokong PAS tetapi masyarakat awam sekitar parlimen itu berdasarkan pakaian mereka. Jumlah yang berkopiah puteh terlalu sedikit.

Menurut Ketua Penerangan PAS Batu yang juga Pengerusi Majlis pada malam itu, Tarmizi Mohd Jam, kehadiran mereka sangat mengejutkan dan itulah kali pertama dalam sejarah beliau mempengerusikan ceramah, program ceramah boleh dimulakan jam 8.00 malam berdasarkan kepada jumlah kehadiran mereka yang begitu memberangsangkan.

Ceramah pada malam itu dimulakan tepat jam 9.30 malam. Ia dimulakan oleh Yang Dipertua PAS Batu yang juga Pengarah Jabatan Pilihan Raya (JPN), Cikgu Ishak Surin dan diikuti oleh AJK PAS Pusat, Haji Anuar Tahir.

Ezam terus mendedahkan tembelang rasuah pemimpin Umno dan berjanji akan menyebut nama Menteri Kabinet yang tersebut dalam laporannya setebal 600 muka surat kepada PM baru-baru ini dalam satu majlis di Kepala Batas.

Sementara itu, Haji Mohamad Sabu yakin kaum Tianghua pada kali ini akan memberi undi kepada pembangkang berdasarkan kepada dua isu iaitu isu keselamatan mereka yang makin terancam dan keadaan bisnes mereka yang makin teruk di bawah pimpinan PM, Pak Lah.


Majlis pada malam itu disulam dengan tepukan hadirin dan laungan takbir, Allahuakbar. Penganjur, PAS Kawasan Batu cukup berpuashati dengan kerjasama semua pihak, pasukan polis, PAS Cawangan Taman Dato' Senu dan Persatuan Penjaja Tapak Pasar Malam Taman Dato' Senu, Sentul.

EDITOR: Sesiapa sahaja boleh menghantar berita, rencana, cerpen dan puisi politik, program dan aktiviti, tip-tip pilihan, untuk siaran dan dikongsi bersama. Emelkan kepada editorxkutif@yahoo.com.my.

Sunday, August 5, 2007

PAS WILAYAH PERSEKUTUAN AKAN LETAK CALON DI 5 KERUSI PARLIMEN


Oleh TARMIZI MOHD JAM
Timbalan Pengarah Jabatan Pilihan Raya (JPN)
PAS Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur: Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan telah memutuskan untuk bertanding lima kawasan di Wilayah Persekutuan dalam pilihan raya umum ke 12 akan datang. Lima kawasan tersebut ialah Titiwangsa, Bandar Tun Razak, Lembah Pantai, Putrajaya dan Labuan.

Demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengarah Jabatan Pilihan Raya Negeri (JPN) PAS Wilayah Persekutuan, Haji Ishak Surin kepada semua media. Katanya, pengemuman lima kawasan untuk ditandingi itu telah diumumkan oleh beliau dalam ucapannya mewakili Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan pada Muktamar PAS Ke-52, di Kota Bharu, Kelantan.

Menurut kenyataan itu, seluruh jentera pilihan raya ke lima-lima kawasan telah diaktifkan dan JPN amat berpuashati dengan persiapan PAS Kawasan dan jentera pilihan rayanya disamping moral ahli-ahli yang begitu tinggi dan komited.

“Rombongan JPN telahpun melawatdan meninjau semua kawasan yang akan ditandingi itu bagi memastikan jentera pilihan raya dan moral ahli-ahli PAS di kawasan-kawasan tersebut sentiasa berada dalam keadaan siapsiaga,” tegas beliau.

Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan juga, kata kenyataan itu, telah menyerahkan senarai calon-calon yang bertaraf nasional kepada PAS Pusat untuk pertimbangan bagi mengisi ke lima-lima kawasan tersebut.

JPN telah turun padang dan melawat kawasan-kawasan berkenaan dan amat berpuashati dengan persiapan serta gerakerja pilihan raya yang cukup mantap ditampilkan kali ini oleh seluruh ahli.

“Kawasan yang tidak bertanding, telah bersepakat untuk membantu lima kawasan yang akan bertandingdalam pilihan raya umum kali ini. Ia merupakan komitmen mantap yang pernah ditunjukkan bagi merialisasikan hasrat PAS Wilayah untuk memenangi beberapa kerusi dalam pilihan kali ini,” tegas Haji Ishak dalam kenyataan itu.


EDITOR: Sesiapa sahaja boleh menghantar berita, rencana, cerpen dan puisi politik, program dan aktiviti, tip-tip pilihan, untuk siaran dan dikongsi bersama. Emelkan kepada editorxkutif@yahoo.com.my.


CERAMAH MEGA "KE ARAH 100,000 GEGAR SPR" MALAM INI! DATANG JANGAN TAK DATANG!


Oleh MOHD FADHLOL HADI
Wartawan Blogpasbatu.Com

Kuala Lumpur: Naib Presiden PAS, Haji Mohd Sabu dan Pengerusi Gerak, Ezam Mohd Noor akan turun padang menemui rakyat dan berceramah di Tapak Pasar Malam, Taman Dato’ Senu, Sentul pada 6 Ogos ini, jam 9.00 malam.

Menurut Ketua Penerangan PAS Kawasan Batu, Tarmizi Mohd Jam, Program Ceramah Mega “Ke Arah 100,000 Gegar SPR 10 November” ini bertujuan untuk menyuntik semangat ahli dan penyokong Barisan Alternatif agar peka dengan himpunan rakyat itu disamping mendedahkan isu-isu terkini yang sedang menyenakkan rakyat.

Program anjuran Lajnah Penerangan PAS Kawasan Batu itu disifatkan berani kerana ia julung kali diadakan di luar Markaz Tarbiyyah PAS Pusat, Taman Melewar. Usaha ini disifatkan positif dalam usaha PAS Pusat menggerakkan demokrasi disemua peringkat.

Selain dari Yang Dipertua PAS Kawasan Batu, Haji Ishak Surin yang turun berucap, Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Pekerja dan Peneroka Bandar, Haji Anuar Tahir juga akan menyampaikan ceramah pada malam tersebut disamping Ezam Mohd Noor akan melancarkan Gerak peringkat nasional pada program itu.


MOHD SABU, EZAM, ANUAR GEMPUR TAMAN DATO' SENU 6 OGOS (ISNIN) - HEBAHKAN

Oleh Hj. SUHAIMI ABDUL RAHMAN
Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Batu

Taman Dato’ Senu: Telah lama penyokong alternative tidak didendangkan ceramah di luar Markaz Tarbiyyah PAS Pusat, yang terletak di Taman Melewar. Bagaimanakah agaknya, sambutan rakyat?

Apakah mood pilihan raya kita sudah longlai atau masih berurat besi lagi?

PAS Kawasan Batu mengemukakan anjakan. Tidak lagi melihat Markaz Tarbiyyah PAS Pusat sebagai tempat berceramah untuk rakyat. Mereka yang datang hanya penyokong PAS, PKR. Tidak lebih dari itu.

Kini, kami bawa figure rakyat, idola masyarakat musta’dhafin. Apakah rakyat sudah muak dengan ceramah Haji Mohd Sabu? Ezam Mohd Noor? Pendatang baru, Haji Anuar Tahir?

Mereka adalah pejuang untuk rakyat. Wargakota Kuala Lumpur, mengenali mereka. PAS Kawasan Batu memindahkan lokasi, dari Markaz Tarbiyyah seperti lazimnya, kini ke Tapak Pasar Malam, Taman Dato’ Senu, tidak jauh dari Masjid Al-Hidayah. Bila?

Pada 6hb. Ogos 2007 (Isnin) jam 9.00 malam. Sesiapa yang berminat untuk berniaga sila hubungi urusetia (019-3200481 - Hisyamuddin) dan (019-3648805 - Suhaimi).

Perjuangan mesti diteruskan dan pastikan pilihan raya umum ke 12 ini, BN dapat dinafikan. Takbir!

EDITOR: Sesiapa sahaja boleh menghantar berita, rencana, cerpen dan puisi politik, program dan aktiviti, tip-tip pilihan, untuk siaran dan dikongsi bersama. Emelkan kepada editorxkutif@yahoo.com.my.