Membangun Bersama Islam Ke Arah Negara Berkebajikan

PAS Kawasan Batu Mengorak Langkah Sebagai Kawasan Contoh Bandar
Dalam Merialisasikan Hasrat Negara Berkebajikan!
Insya-Allah Kami Menuju Ke Sana...

Wednesday, July 25, 2007

ISLAM HADHARI UNTUK KUKUHKAN PAK LAH & KELIRUKAN UMMAT ISLAM

Oleh MUHAMMAD NA’IM
Wartawan blogpasparlimenbatu.com

Taman Melewar: PAS menyifatkan Islam Had-hari yang diperkenalkan oleh PM, Pak Lah yang juga cucu ulama tersohor, Abdullah Fahim sebagai cabang sekular yang cuba untuk me-ngelirukan ummat Islam di negara ini secara licik.

Menurut Exco Dewan Ulama PAS Melaka, Ustaz Zulkifli Ismail, Islam Hadhari diperkenalkan bagi tujuan politik yang sempit dan mengukuhkan kedudukan Pak Lah dan Umno pada mata ummat Islam. Sama seperti Tun Mahathir memperkenalkan Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam di awal penguasaannya.

“Mereka istihar Malaysia Negara Islam tetapi apabila rakan mereka dari MCA menafikannya, Umno melenting. Walhal, Malaysia sebagai negara sekular seperti yang didakwa MCA itu adalah realiti yang benar,” tegas beliau ketika menyampaikan hujahnya pada Program “Sembang dan Bicara Haraki”, satu lagi produk PAS Kawasan Batu untuk masyarakat setempat.

Katanya, dengan Islam Hadhari ini, Umno dapat memesongkan rakyat dari mengenali Islam sebenar dan lambat-laun, ummat Islam terutama genarasi muda hari ini tidak mengenali Islam yang syumul sebaliknya mereka akan lebih terpikat dengan Islam Hadhari yang mempunyai rukunnya yang tertentu dan longgar.

Ustaz Zulkifli mengingatkan ummat Islam agar berwaspada dengan taktik dan strategi halus Umno ini, dalam usaha mereka untuk membenamkan pengaruh PAS yang terus disenangi rakyat. Kesan buruknya, ajaran baru ini lebih mengajak ummat Islam mengejar pembangunan material dan pada masa yang sama meremeh-temehkan soal-soal yang sudah disepakati ulama seperti menutup aurat, batas pergaulan bebas, riba dan sebagainya.

Sebelum itu, program ini telah dilancarkan oleh Setiausaha PAS Kawasan Batu, Haji Ismail Yahya dan beliau mengharapkan ahli-ahli PAS dapat membawa rakan-rakan lain ke setiap program anjuran PAS Kawasan Batu pada masa akan datang.

Program ini anjuran bersama Lajnah Penerangan dengan Jawatankuasa Urusan Ulama PAS Kawasan Batu. Oleh kerana moderatornya yang juga Ketua Urusan Ulama Kawasan, Ustaz Azhar Yahya lewat sampai, ia dikendalikan oleh Ketua Penerangan, Tarmizi Mohd Jam.

EDITOR: Anda boleh menghantar berita, rencana dan nukilan kreatif seperti cerpen dan puisi politik atau tip-tip yang boleh dikongsikan kepada editor blog melalui email - editorxkutif@yahoo.com.my

No comments: