Membangun Bersama Islam Ke Arah Negara Berkebajikan

PAS Kawasan Batu Mengorak Langkah Sebagai Kawasan Contoh Bandar
Dalam Merialisasikan Hasrat Negara Berkebajikan!
Insya-Allah Kami Menuju Ke Sana...

Wednesday, July 25, 2007

LAJNAH PENERANGAN PERKENAL STRATEGI “SMS PROGRAM” BAIKI SISTEM PENYAMPAIAN

Oleh NUR HIDAYATUL JANNAH
Wartawan blogparlimenpasbatu.com

Sentul Pasar: PAS Kawasan Batu amat menggalakkan Ahli-Ahli Jawatan Kuasa PAS diperingkat kawasan agar melebar dan memanjangkan “SMS Program” yang dihantar oleh Setiausaha PAS Kawasan dan Ketua Penerangan PAS Kawasan kepada rakan dan masyarakat sasaran.

Menurut Ketua Penerangannya, Tarmizi Mohd Jam, beliau dan Setiausaha Kawasan, Haji Ismail Yahya akan mengirimkan “SMS Program” sehari sebelum program tersebut dilangsungkan kepada semua AJK PAS Kawasan Batu sebagai satu usaha memperbaiki sistem penyampaian informasi dan semua AJK yang menerima “SMS Program” tersebut hendaklah mengirimkan semula “SMS Program” itu kepada lima atau 10 orang sasaran di cawangan masing-masing untuk mengajak mereka hadir ke program yang diatur oleh PAS Kawasan.

Jelasnya, jika seorang AJK mengirimkan kepada 10 orang sasaran, kerja penyampaian maklumat sudah menjadi mudah. Semua AJK Kawasan ada 30 orang darab 10 orang sasaran, sudah tentulah jumlah undangan tepat menjadi 300 orang.

Apa yang paling penting, mengajak dan mempengaruhi sasaran untuk datang ke program bukannya sekadar memberi tahu maklumat dan “memulangkan” kepada sasaran samada mahu pergi ataupun tidak.

Maka adalah menjadi tanggungjawab pimpinan diperingkat cawangan untuk mengenalpasti kenderaan agar ia dipenuhi bagi mengelakkan pembaziran dikala harga minyak melambung naik oleh kerajaan zalim Pak Lah.

Promosi lain seperti handbill yang ditebarkan di masjid surau, kain rentang dan siaran laman wen terpilih serta siaran dalam Dairi Sana-Sini Harakah, mengukuhkan lagi butiran program.

“Saya amat berharap, AJK PAS Kawasan yang menerima “SMS Program” ini dapat menginfaqkan nilai ringgit sms itu sebagai sumbangan jihad menyebarkan dakwah dalam memperkasakan perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS di Malaysia, bumi tercinta ini. Jangan berasa rugi untuk “SMS”. Manalah tahu, modus operandi begini mampu menggerakkan ahli dan masyarakat untuk bersama-sama dengan PAS” tegas beliau yang baru memikul tanggungjawab sebagai Ketua Penerangan PAS Kawasan untuk sesi ini.

Sebelum ini, Tarmizi pernah aktif di Parlimen Parit, Perak dan memegang beberapa jawatan antaranya Ketua Cawangan PAS Lambor Kanan selama 10 tahun, Ketua Penerangan PAS Kawasan, Setiausaha PAS Kawasan, Pengarah Pilihan Raya DUN Bota (1999) juga pernah diberi amanah menjadi calon PAS di DUN Bota pada pilihan raya umum 1995 bersama Haji Subky Latiff yang bertanding di Parlimen Parit.

Kepada ahli PAS disemua peringkat yang ingin mendapatkan butiran Program Kawasan Batu, boleh mengemelkan kepada Lajnah Penerangan melalui alamat editorxkutif@yahoo.com.my atau menghubungi terus Setiausaha Kawasan (013-3847899; Hj. Ismail Yahya) Ketua Penerangan (019-2051419; Tarmizi) Pengarah Akademi Penerangan (013-3635566; Ibrahim Awang) atau Setiausaha Pene-rangan (016-9037122; M. Sharbi Kamarulzaman).

EDITOR: Anda boleh menghantar berita, rencana dan nukilan kreatif seperti cerpen dan puisi politik atau tip-tip yang boleh dikongsikan kepada editor blog melalui email - editorxkutif@yahoo.com.my

No comments: