Membangun Bersama Islam Ke Arah Negara Berkebajikan

PAS Kawasan Batu Mengorak Langkah Sebagai Kawasan Contoh Bandar
Dalam Merialisasikan Hasrat Negara Berkebajikan!
Insya-Allah Kami Menuju Ke Sana...

Friday, September 14, 2007

Perutusan Ramadhan Al-Mubarak: Merdekakan Diri Bebaskan Ummat! Allahuakbar!


Perutusan Ramadhan Al-Mubarak PAS Kawasan Batu
MERDEKAKAN DIRI UNTUK BEBASKAN UMMAT

Assalam'mualaikum wrkt.

RAMADHAN Al-Mubarak datang lagi. Bulan mulia yang ditunggu-tunggu oleh orang-orang yang beriman. Moga-moga kehadirannya tidak diabaikan.

Manfaatkan sepenuhnya untuk menyuci diri, menyingkap kejelekan silam, muhasabah setiap malam bagi mencapai darjat ketaqwaan hakiki.

Inilah bulan mulia yang dinanti-nanti sebagai madrasah ruhiyyah bagi membina tarbiyyah jiwa dan ruhani agar terserlah dan sebati sahsiah diri yang teruji dan terpuji. Inilah bulan tarbiyyah. Bulan yang menjanjikan 1,001 rahmat Allah SWT.

Isilah ia dengan amal ibadah yang mulia, yang dituntut lakukan. Banyakkan zikirullah, membaca al-Quran, menadah kitab, mentelaah buku-buku yang bermanfaat kepada ummah, dan jangan lupa amalan Terawih dan Qiamullail. Semuanya ini bagi mengikat diri kita menjadi insan dan hamba Allah SWT yang patuh dan berani.

Ramai di luar sana yang berpuasa tetapi tidak mengerti apa itu puasa. Apa tuntutan puasa? Apa kaitannya puasa dengan perjuangan memerdekakan ummat dan negara?

Ibadah puasa mesti memupuk, membina dan menjaring rasa lapar dahaga agar kita menjadi insan yang sensitif, peka dan ambil peduli terhadap rakan taulan, jiran tetangga dan saudara seIslam kita yang dibungkusi derita, fakir dan miskin.

Tingkatkanlah amal jariah dengan amalan bersedekah, membantu mereka yang dhaif dan susah. Masih ramai lagi mereka yang perlukan perhatian dan pembelaan kita. Derita mereka adalah derita ummat. Hanya mereka yang berpuasa dalam kampung Ramadhan sebenar, mengerti gambar-gambar derita yang dipaparkan oleh mereka.

Moga-moga, Ramadhan yang indah ini mendorong dan menunjukkan jalan kepada kita semua, untuk terus menjadi pejuang nasib rakyat, pembela ummat musta'dhaafin, yang terus-terusan menjadi mangsa kerakusan kerajaan dalam usaha nekad mereka mempertahankan serambi kuasa di pucuk sana.

Rakyat derita, siapa peduli? Rakyat ditembak peluru hidup, siapa peduli? Rakyat dinafikan hak bersuara, siapa peduli? Rakyat kais pagi makan pagi, siapa peduli? Rakyat disodok rumah tempat berlindung, siapa peduli? Pilihan raya kotor, siapa peduli? Kerajaan tidak peduli.

Mereka hanya memperdulikan kroni, memperdulikan dana rakyat, memperdulikan kuasa dan pangkat. Ranap dana diratah-ratah mereka untuk mengkaya dan mengenyangkan perut. Mereka tidak pernah berpuasa dari makan rasuah kerana itulah makanan paling enak, paling lazat buat mereka di dunia ini.

Marilah, pada Ramadhan Al-Mubarak ini, kita banyakkan Qiamullail, muhasabah menginsafkan diri akan nasib agama Allah SWT yang suci ini, nasib anak bangsa kita yang kian tercela. Bagaimanakah masa depannya?

Juga jangan lupa, ditanya bagaimanakah statusnya Islam Hadhari yang disanjung tinggi oleh musuh Islam, Bush laknatullah. Walhal ia hanya Islam Badawi, yang memenuhi selera musuh-musuh sepanjang zaman.

Tetapi, terfikirkah kita, apa gerangannya Bush dan sekutunya mahu mempromosikan Islam Hadhari ini ke seluruh dunia?

Selamat mengimarahkan Ramadhan Al-Mubarak dengan membanyakkan amalan, ibadah, meningkatkan iman, taqwa serta memerdekakan diri dari belenggu pemikiran jahilyyah yang makin kuat mengepong dan mengintai-intai kita setiap ketika untuk diratah-ratah! Wassalam!

TARMIZI MOHD JAM
Ketua Penerangan PAS
Kawasan Parlimen Batu
Kuala Lumpur
3 Ramadhan 1428 / 15 September 2007
Lawati blog http://sanggahtoksago.blogspot.com/ untuk lebih ceria!

Friday, September 7, 2007

Rais Yatim Respon Memorandum PAS Batu...

Bandar Dalam: Menteri KekWa, Datuk Rais Yatim telah memberi respon terhadap memorandum PAS Kawasan Batu yang menyanggah kementerian itu sebagai hos Sambutan 50 Tahun Merdeka baru-baru ini.

Dalam sepucuk surat Kekwa kepada PAS Batu, pihaknya menerima teguran itu dan akan mengkaji fakta sebenar sejarah kemerdekaan.

Yang Dipertua PAS, Cikgu Ishak Surin menyifatkan respon tersebut sebagai permula kepada desakan PAS Batu terhadap kempen-kempen jahat pihak Umno yang digunakan melalui badan-badan kerajaan untuk menafikan perjuangan tulen tokoh-tokoh kemerdekaan silam.

Dalam satu ulasan ringkas Ketua Penerangan PAS Batu pada Seminar Penghayatan Kemerdekaan anjuran Lajnah Penerangan PAS Pusat pada 25hb. Ogos lalu yang diadakan di Anjung Rahmat, telah mengingatkan para peserta bahawa Kempen 50 Tahun Merdeka anjuran kerajaan sebenarnya adalah sambutan ulangtahun Umno.

Beliau jugha mengingatkan bahawa kempen itu juga adalah kempen menafi dan membenamkan tokoh-tokoh kemerdekaan tulen sebaliknya kempen itu menjadi kempen menabalkan lima PM yang juga Presiden Umno sebagai tokoh kemerdekaan.

Tarmizi juga mengingatkan bahawa kempen itu adalah perang saraf dan propaganda Umno untuk mengelirukan rakyat dsalam menghadapi kempen pilihan raya umum ke 12 secara tidak langsung.

Beliau kesal, badrop dan kain rentang yang digunakan oleh PAS dan lain-lain pertubuhan banyak terpengaruh dari ganti nama dan ganti gambar apa yang ditonjolkan oleh Umno.

"Lihat gambar bendera Malaysia. Lihat gambar parlimen. Semuanya itu ganti gambar kepada pemimpin-pemimpin Umno dari jenama Tunku, Tun Razak, Tun Hussein Onn, Tun Mahathir dan Pak Lah," tegas beliau kesal tidak ada suara bantahan dari PAS terhadap kempen 50 tahun yang dilancarkan oleh kerajaan sejak setahun lalu.


Monday, September 3, 2007

Negarakuku Kontroversi!

http://www.youtube.com/watch?v=NczMNH0dbEQ